"Tiada masalah yang tiada penyelesaiannya, Kami Sedia Membantu Anda ❤️ "

Tuesday, 30 June 2020

CERAI SEKSYEN 47




CERAI SECARA TALAK
Cerai menurut seksyen 47 atau di panggil cerai secara talak ini adalah cerai secara persetujuan bersama antara suami dan isteri.
Dengan kata lain, suami atau isteri ini telah berbincang dan memberikan keputusan muktamad dengan memutuskan ikatan atas persetujuan bersama, tiada paksaan daripada mana mana pihak, tidak gila dan juga tidak mabuk.
Pihak pihak perlu untuk membuat permohonan terlebih dahulu di mahkamah untuk direkod kan.

Apa prosedur yang perlu dilakukan untuk membuat tuntutan ini?
Pihak pihak perlu hadir ke mahkamah syariah yang berdekatan dengan tempat tempat tinggal untuk membuat permohonan.
Bagi pendaftaran, salah satu pihak boleh untuk pendaftaran tersebut, dan membawa segala dokumen yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan, sijil nikah, sijil lahir anak, atau apa apa yang berkaitan.

Proses yang akan dilalui :
  1. - Mahkamah akan menetapkan satu tarikh yang sesuai untuk kehadiran pihak suami dan isteri hadir.
  2. - sekiranya suami setuju untuk lafaz cerai, dan isteri pada ketika itu, adalah dalam keadaan suci, tidak mengandung, maka mahkamah akan membenarkan lafaz tersebut di lafaz oleh pihak suami.
  3. - sekiranya suami atau isteri tidak tidak setuju pada hari perbicaraan itu, mahkamah akan memberikan satu tarikh yang baru untuk lantikan JKP (Jawatankuasa Pendamai)
  4. -hasil daripada laporan JKP, jika suami dan isteri ada perdamaian untuk hidup semula sebagai suami isteri maka mahkamah akan menolak permohonan tersebut
  5. - tetapi jika tiada lagi persetujuan atau terdapat ya shiqaq, maka mahkamah akan memberikan satu lagi untuk ke peringkat yang seterusnya, iaitu, melalui Hakam yang dilantik oleh mahkamah.
  6. - jika laporan daripada hakam, masih terdapat shiqaq atau tidak mencapai persefahaman antara kedua dua belah pihak, maka Hakam adalah dibenarkan untuk memutuskan ikatan perkahwinan suami isteri tersebut.
***perlu diingatkan kes ini hanya boleh berjalan sekiranya suami anda hadir, meskipun tidak setuju. Tapi kalau suami tak boleh hadir maka kes ini akan dibuang dan anda dinasihatkan utk memfailkan kes fasakh. Penerangan di atas juga adalah ringkas. Nak lebih kena tanya details ya.
.
.
Kalau tak nak dua tiga kali kerja, tolong dapatkan nasihat dan bimbingan dari yang pakar. Kita pegi hospital, kita cari doktor ,kenapa kita masuk mahkamah, tak nak cari peguam? Renung-renungkan dan selamat bermuhasabah.



Like, Follow dan Share Page kami untuk manfaat bersama.
Hubungi kami untuk dapatkan khidmat nasihat, kami sedia membantu anda ❤️
📞 http://www.wasap.my/60172110058 (Tn Afandi)
📞 http://www.wasap.my/60176394039 (Pn Salina)
Semoga ada jalan penyelesaian untuk setiap masalah Anda, inshaaAllah ðŸ˜ƒ