"Tiada masalah yang tiada penyelesaiannya, Kami Sedia Membantu Anda ❤️ "

Tuesday 28 July 2020

PENTADBIRAN HARTA PUSAKA

Memilih Instrumen Perancangan Pusaka - Nota Warisan Pusaka



Apakah yang dimaksudkan dengan harta pusaka?
Harta pusaka ialah harta peninggalan si mati yang mengandungi harta alih dan harta tak alih. Harta seperti wang tunai, syer, caruman KWSP, wang imbuhan insurans, kenderaan, perabot rumah, pakaian dan sebagainya dipanggil harta alih. Harta seperti tanah serta kepentingan atas tanah tersebut, rumah, lombong, sawah, telaga dan tasik adalah disebut sebagai harta tak alih. Penerangan ringkas seperti dalam Lampiran "A”. 


Apakah yang dimaksudkan dengan “harta pusaka kecil”?
Harta peninggalan si mati tanpa wasiat yang bernilai RM 2,000,000.00 ke bawah. Harta yang berikut adalah dianggap sebagai harta pusaka kecil: 
(a) tanah sahaja; 
(b) tanah dengan rumah; 
(c) tanah, rumah dan harta alih seperti barang kemas, syer, caruman KWSP, simpanan wang, kenderaan bermotor, perabot, pakaian, dsb.; dan 
(d) tanah dan apa-apa jumlah tuntutan di bawah seksyen 7 dan 8 Akta UndangUndang Sivil 1956 [Akta 67]. 

Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk risalah panduan permohonan tuntutan pembahagian harta pusaka kecil di bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 [Akta 98].


Apakah yang dimaksudkan dengan “harta pusaka biasa”?
harta peninggalan si mati dengan wasiat atau tanpa wasiat, atau sebahagiannya tanpa wasiat seperti - 
(a) harta alih dan harta tak alih yang bernilai RM 2,000,000.00 ke atas kesemuanya; 
(b) harta tak alih (tanah) yang bernilai lebih daripada RM 2,000,000.00; dan 
(c) harta alih sahaja seperti wang, syer, kenderaan walaupun nilai kesemuanya kurang daripada RM 2,000,000.00


Apakah yang dimaksudkan dengan harta pusaka berwasiat dan/atau tidak berwasiat (testate and intestate estate)?
Jika si mati meninggalkan harta dengan surat wasiat terakhir yang sah yang mengandungi cara-cara bagaimana harta pusakanya hendaklah dibahagikan antara wariswarisnya, harta pusaka itu dipanggil harta pusaka berwasiat. Bagi orang yang bukan beragama Islam, wasiat itu adalah sah selama ia tidak mengandungi syarat-syarat yang bercanggah dengan Akta/Ordinan Wasiat dan kesahan wasiatnya tidak dicabar oleh mana-mana waris. Bagi orang yang beragama Islam, si mati hanya boleh mewasiatkan tidak lebih daripada 1/3 daripada harta pusakanya kepada pihakpihak lain selain waris (dengan persetujuan atau tanpa persetujuan waris). Orang yang meninggalkan harta tanpa wasiat dipanggil harta pusaka tak berwasiat.


Apakah yang dimaksudkan dengan “probet”? 
Probet ialah tindakan untuk memperakukan dan mengesahkan sesuatu wasiat yang ditinggalkan oleh si mati. Tujuan probet adalah untuk memberi pengiktirafan kepada sesuatu wasiat yang sah di sisi undangundang.


Siapakah yang boleh memohon surat kuasa mentadbir harta pusaka?
Permohonan boleh dibuat oleh pihak yang berikut: 
(a) Waris si mati (benefisiari si mati) seperti balu atau duda, anak lelaki atau anak perempuan, ibu atau bapa, adik-beradik dan sebagainya; 
(b) pemiutang (creditor) seperti pemberi pinjam wang, bank, koperasi, dsb.; 
(c) pihak-pihak pembeli (purchasers) dan pemegang serah hak, pemegang gadaian d a n p a j a k a n y a n g m e m p u n y a i kepentingan dalam harta peninggalan si mati; 
(d) waris-waris, pemegang amanah, Ketua Pengarah Insolvensi, Amanah Raya Berhad, dsb.; dan 
(e) Pihak Berkuasa seperti Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan Baitulmal yang mempunyai kepentingan masing-masing dalam harta pusaka yang berkenaan. 


Apakah prosedur untuk membuat permohonan probet dan surat kuasa mentadbir?
Prosedur yang perlu diikuti adalah seperti yang berikut: Bagi harta pusaka dengan wasiat dan harta pusaka yang ditakrifkan sebagai harta pusaka biasa, tindakan hendaklah diambil di Mahkamah Tinggi yang berhampiran dengan alamat tempat tinggal si mati. Mahkamah Tinggi berkuasa untuk mengeluarkan probet. Jika si mati tidak meninggalkan apa-apa wasiat, permohonan untuk surat kuasa mentadbir pusaka tanpa wasiat hendaklah dibuat. Kedua-dua tindakan ini boleh dibuat dengan petisyen dalam contoh borang seperti di Lampiran “B1” dan “B2”.


Apakah dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan semasa permohonan?
Setiap petisyen untuk probet atau surat kuasa mentadbir harta pusaka mestilah disertakan dengan - 
(a) bukti kematian seperti sijil kematian (death certificate) atau permit untuk mengebumikan mayat. Lazimnya d o k u m e n - d o k u m e n s e p e r t i i n i dikeluarkan oleh pihak hospital dan/ atau pihak polis; 
(b) jika kematian tidak dapat dibuktikan dengan cara biasa, suatu permohonan untuk perintah anggapan kematian (presumption of death) hendaklah dibuat di Mahkamah Tinggi terlebih dahulu dan perintah Mahkamah Tinggi itu hendaklah dikemukakan bersama-sama dengan petisyen untuk probet atau surat kuasa mentadbir pusaka;
(c) surat wasiat terakhir si mati (dalam hal permohonan probet); 
(d) suatu jadual yang mengandungi butirbutir serta nilai aset dan tanggungan (assets & liabilities) dan senarai waris si mati; 
(e) suatu Sijil Faraid yang diperoleh daripada Mahkamah Syariah (dalam hal orang Islam); 
(f) suatu senarai waris, umur, tali persaudaraan dengan si mati dan alamat masing-masing bagi tujuan mendapat persetujuan untuk melantik pentadbir yang dicadangkan; 
(g) surat persetujuan waris-waris dengan pelantikan seorang waris yang dicadangkan sebagai pentadbir pusaka yang ditandatangani di hadapan seorang Majistret/Pesuruhjaya Sumpah, sebelum tarikh perbicaraan ditetapkan; 
(h) surat penolakan waris-waris yang ingin menolak hak dan bahagian masingmasing kepada surat kuasa mentadbir pusaka bagi harta pusaka tersebut (Borang 169); 
(i) dokumen pelantikan penjaga (guardian ad litem) (dalam hal waris-waris di bawah umur atau orang kurang upaya).

Dua (2) orang penjamin yang layak dan sesuai hendaklah dikemukakan sekiranya harta melebihi RM 50,000.00. 
Geran (atau kuasa) untuk probet atau mentadbir harta pusaka hanya boleh dikeluarkan setelah semua maklumat yang diperlukan oleh mahkamah telah dikemukakan oleh pempetisyen.


Bolehkah mahkamah mengecualikan bon penjamin?
Jika sekiranya pempetisyen mengalami kesulitan untuk mendapatkan penjaminpenjamin yang layak dan sesuai, dia bolehlah memohon kepada mahkamah untuk suatu perintah supaya dia diberi kebenaran dikecualikan daripada mengemukakan penjamin-penjamin (dispensation of sureties) atau mendapatkan khidmat penjamin profesional seperti syarikat insurans atau institusi bank dengan bayaran fi yang ditetapkan oleh syarikat/institusi berkenaan berdasarkan jumlah harta pusaka tersebut.


Bilakah mahkamah akan mengeluarkan surat kuasa mentadbir berdasarkan probet? 
Surat kuasa mentadbir harta pusaka/probet hanya boleh dikeluarkan apabila perintah pengecualian penjamin diperoleh dan bon pentadbiran telah ditandatangani oleh pempetisyen.


Di manakah surat kuasa mentadbir harta pusaka/probet perlu didaftarkan?
Setelah surat kuasa mentadbir harta pusaka/ probet diperoleh oleh pempetisyen, surat kuasa tersebut hendaklah didaftarkan di pejabat tanah yang berkenaan, agar semua suratan hakmilik tersebut didaftarkan atas nama pempetisyen sebagai pentadbir si mati berkenaan, menurut seksyen 346 Kanun Tanah Negara dan adalah menjadi tanggungjawab pempetisyen untuk memohon kepada mahkamah, sebaik sahaja dia menghasilkan semua aset si mati, suatu perintah pembahagian terhadap harta pusaka itu kepada waris-waris menurut faraid atau menurut terma-terma wasiat si mati atau menurut Akta/Ordinan Wasiat.


Apakah prosedur untuk membuat permohonan untuk mentadbir harta pusaka kecil?
Permohonan untuk mentadbir harta pusaka kecil hanya dibuat di Pejabat Tanah yang nilai jumlah harta tak alih bersama harta alih tidak melebihi RM 2,000,000.00 pada tarikh peninggalan si mati. Permohonan ini dibuat dengan menggunakan Borang A yang boleh didapati di Pejabat Tanah khasnya daripada Unit Pembahagian Pusaka Kecil. Permohonan harta pusaka kecil seperti di Lampiran “C”.


Apakah dokumen-dokumen yang perlu disertakan?
Borang A hendaklah dikemukakan kepada Unit Pembahagian Pusaka Kecil berserta dengan dokumen yang berikut: 
(a) sijil kematian atau permit pengebumian; 
(b) sijil faraid yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah; dan 
(c) salinan hakmilik keluarga dan salinan dokumen–dokumen lain yang menunjukkan pegangan harta tak alih yang sah.


Apabila permohonan difailkan, apakah tindakan Unit Pembahagian Pusaka Kecil?
Apabila permohonan difailkan, unit berkenaan akan menyediakan laporan seperti yang berikut: 
(a) laporan Penghulu di mukim tempat pemohon itu tinggal;
(b) perakuan daripada Pejabat Tanah tentang nilaian harta yang dinyatakan dalam permohonan; dan 
(c) pengesahan daripada Pendaftar Mahkamah Tinggi sama ada permohonan untuk Borang C telah dibuat atau belum bagi mentadbir harta pusaka berkenaan.


Apakah yang akan berlaku seterusnya?
(a) Apabila semua laporan yang disebut terdahulu telah diperoleh, suatu tarikh perbicaraan akan ditetapkan oleh Unit Pembahagian Pusaka Kecil melalui notis perbicaraan yang akan dihantar kepada pemohon dan waris-waris yang berkenaan. 
(b) Semasa perbicaraan dijalankan, Pegawai Tadbir Unit Pembahagian Pusaka Kecil akan memeriksa keterangan daripada pemohon dan juga wariswaris yang berkenaan dan merekodkan keterangan tersebut dan setelah berpuas hati akan membenarkan permohonan yang dipohon itu. 
(c) Perintah pembahagian akan hanya dikeluarkan selepas 14 hari dari tarikh perbicaraan untuk membolehkan manamana pihak mengemukakan rayuan, sekiranya terdapat apa-apa yang tidak memuaskan hati mana-mana pihak. 
(d) Selepas tamat tempoh 14 hari dan sekiranya tidak ada apa-apa rayuan yang diterima, perintah pembahagian bolehlah dikeluarkan dengan membayar kepada Pejabat Tanah sejumlah fi yang ditetapkan. 
(e) Setelah perintah tersebut diperoleh, pemohon dikehendaki menyerahkan geran tanah untuk didaftarkan pembahagian seperti yang dicatatkan dalam perintah pembahagian dan geran tanah berkenaan akan dikembalikan setelah pendaftaran selesai. Carta Aliran Proses Permohonan Untuk Pentadbiran Dan Pembahagian Harta Pusaka Kecil seperti di Lampiran “D”.

Apakah prosedur untuk memohon pentadbiran terus (summary administration) di Amanah Raya Berhad?
(a) Ketua Pegawai Eksekutif dibenarkan m e n t a d b i r h a r t a p u s a k a y a n g mempunyai harta alih yang tidak melebihi RM 600,000.00 di bawah seksyen 17 Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 (Akta 532) tanpa surat kuasa mentadbir daripada Mahkamah Tinggi atau Pejabat Pentadbir Tanah Daerah. Ini dibuat sekiranya tiada apa-apa permohonan dibuat oleh mana-mana pihak yang lain. 
(b) Waris-waris atau sesiapa yang mempunyai kepentingan dalam harta pusaka si mati yang tidak melebihi RM 600,000.00 dalam bentuk harta alih sahaja boleh memohon kepada Amanah Raya Berhad untuk mentadbir harta pusaka tersebut. 
(c) Waris-waris hanya diperlukan mengisi dan mengemukakan borang permohonan ini dengan maklumat yang lengkap dan dokumen-dokumen yang membuktikan kematian si mati. 
(d) Sebaik sahaja permohonan ini diterima, Amanah Raya Berhad akan memprosesnya dengan mengeluarkan suatu pengisytiharan bagi mentadbir harta pusaka tersebut.
(e) Amanah Raya Berhad diberi kuasa untuk menghasilkan aset-aset yang berkenaan bagi tujuan pembahagian. 
(f) Setelah menjelaskan bayaran duti pusaka bagi kes-kes kematian (sebelum 1 November 1991 sahaja), hutang pusaka dan menolak fi bagi Amanah Raya Berhad, baki aset akan dibahagikan menurut faraid (bagi orang Islam), Ordinan Pembahagian (bagi orang bukan Islam) atau secara persetujuan antara wariswaris yang berkenaan. 
(g) Seksyen 17 Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 adalah sangat berkesan bagi kes tuntutan kemalangan maut jalan raya di mana waris-waris si mati bercadang untuk mengambil tindakan di bawah seksyen 7 dan 8 Akta UndangUndang Sivil 1956.


Bolehkah JBG atau peguam swasta memberi bantuan untuk membuat permohonan probet atau surat kuasa mentadbir?
Boleh, pemohon yang berkelayakan boleh datang ke cawangan JBG yang berdekatan atau berhubung dengan peguam swasta lain dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan seperti yang dinyatakan di Lampiran “E”.

sumber : JBG

Like, Follow dan Share Page kami untuk manfaat bersama.
Hubungi kami untuk dapatkan khidmat nasihat, kami sedia membantu anda ❤️
Semoga ada jalan penyelesaian untuk setiap masalah Anda, inshaaAllah ðŸ˜ƒ





























Sunday 26 July 2020

Majlis Sulh di Mahkamah Syariah : Ketahui Fungsi dan Prosedur

MAJLIS SULH DI MAHKAMAH SYARIAH 
KETAHUI FUNGSI DAN PROSEDUR
Oleh : Suhaizad Saifuddin
Pegawai Sulh Mahkamah Syariah Negeri Sembilan dari tahun 2015-2017

MAJLIS SULH
Majlis Sulh ialah suatu perbincangan atau perundingan secara damai antara 2 pihak yang bertikai yang diadakan di hadapan Pegawai Sulh Mahkamah Syariah dengan tujuan untuk mendapatkan persetujuan bersama dalam menyelesaikan isu yang dipertikaikan. di Mahkamah Sivil ianya dikenali sebagai Mediasi.

OBJEKTIF
1) Membantu pihak-pihak menyelesaikan pertikaian mereka melalui perundingan bersama secara damai tanpa perlu hadir ke prosiding perbicaraan di dalam Mahkamah
2) Membantu pihak-pihak menyelesaikan kes mereka dengan cepat dan teratur
3) Membantu Mahkamah mempercepatkan penyelesaian kes
4) Mengurangkan kadar kes-kes tertunggak di Mahkamah Syariah

SIAPA PEGAWAI SULH?
Pegawai Sulh merupakan seorang kakitangan awam Mahkamah Syariah yang terlatih dan memiliki jawatan LS 41 dan keatas. Pegawai-pegawai ini memiliki kemahiran dan dilatih untuk menjalankan Majlis Sulh mengikut prosedur yang ditetapkan.
SIAPAKAH YANG TERLIBAT?
Hanya Pegawai Sulh , Plaintif dan Defendan sahaja yang terlibat di dalam Majlis Sulh. Pihak peguam yang mewakili Plaintif dan Defendan tidak dibenarkan turut sama menyertai perbincangan.
BOLEHKAH PIHAK LAIN TERLIBAT SAMA?
Sekiranya terdapat keperluan, maka Pegawai Sulh boleh membenarkan pihak ketiga untuk menyertai Majlis Sulh. Misalnya, penterjemah untuk bangsa asing atau bahasa isyarat untuk Orang Kelainan Upaya ( OKU).
KUASA MAJLIS SULH
Perintah dan keputusan yang dicapai melalui Majlis Sulh adalah sama tarafnya  dengan perintah yang dikeluarkan mahkamah melalui perbicaraan.  Persetujuan yang dicapai melalui Majlis Sulh boleh dipinda tetapi mestilah berdasarkan persetujuan pihak-pihak.
KES-KES YANG MESTI MELALUI MAJLIS SULH
Kes-kes yang didaftarkan ini mesti melalui Majlis Sulh sama ada pihak Plaintif dan Defendan bersetuju atau tidak bersetuju. Sekalipun ada pihak-pihak yang tidak bersetuju, pihak tersebut mesti menyertai Majlis Sulh dan menyatakan pendirian tersebut semasa perbicangan diadakan.
Kes-kes yang dinyatakan ini perlu dirujuk ke Majlis Sulh semasa peringkat pendaftaran kes di Mahkamah Syariah iaitu terdapat 18 Jenis Tuntutan:-
1) Gantirugi Pertunangan
2) Muta’ah
3) Harta Sepencarian
4) Nafkah Isteri
5) Nafkah Kepada Pihak Tak Upaya
6) Cagaran Nafkah
7) Nafkah Eddah
8) Mengubah Perintah Nafkah
9) Tunggakan Nafkah
10) Nafkah Anak termasuk anak tidak sah taraf
11) Mengubah Perintah Hak Jagaan Anak
12) Mengubah Perjanjian Hak Jagaan Anak
13) Hadhanah termasuk anak tidak sah taraf
14) Gantirugi Perkahwinan
15) Hak Tempat Tinggal
16) Perintah Supaya Suami Tinggal Bersama Semula
17) Isteri Kembali Taat
18) Mas Kahwin
PROSES MAJLIS SULH
5E9CD862-2464-4BD3-AE98-FE90368C2E75
Terdapat beberapa peringkat Prosedur Kerja Sulh merujuk kepada Manual Kerja Sulh atau Kaedah Tatacara Sulh iaitu:-
1) Kes Didaftarkan di Mahkamah
2) Pendaftar Menilai Kes Yang Boleh Sulh akan diagihkan kepada Pegawai Sulh
3) Tarikh Majlis Sulh akan ditetapkan dalam tempoh 21 hari dari tarikh pendaftaran kes.
4) Notis Kehadiran Majlis Sulh dikeluarkan kepada pihak-pihak
5) Majlis Sulh diadakan pada tarikh yang ditetapkan dengan kehadiran kedua-dua pihak di hadapan Pegawai Sulh
Berdasarkan Manual Kerja Sulh/Kaedah Tatacara Sulh telah menerangkan garis panduan bagaimana Majlis Sulh akan dijalankan iaitu:-
(i) Kenyataan Awal (Al Ta’arruf) Pegawai Sulh
– Mulakan dengan bacaan al-fatihah dan doa
– Perkenalkan diri
– Menerangkan matlamat dan peraturan sulh
– Kerahsiaan segala yang dibincangkan dalam Majlis Sulh tidak boleh didedahkan kepada mana-mana pihak
(ii) Pembentangan Awal pihak yang bertikai
– Pihak Plaintif untuk membentangkan apa yang dipertikaikan serta cadangan untuk menyelesaikannya
– Pihak Defendan untuk membentangkan apa yang dipertikaikan serta cadangan untuk menyelesaikan masalah ini
(iii) Perbincangan Bersama untuk membincangkan cara penyelesaian
(iv) Jika tiada penyelesaian, Pegawai Sulh boleh membuat Pertemuan Sebelah Pihak (KAUKUS)
(v) Perundingan Bersama
(vi) Keputusan Majlis Sulh :-
KES SULH BERJAYA : Jika ada persetujuan bersama, Pegawai Sulh akan menderaf Perjanjian Penyelesaian dan pihak-pihak akan menandatangani perjanjian tersebut di hadapan Pegawai Sulh dan disampaikan kepada Hakim untuk diendorskan sebagai Perintah Mahkamah.
KES SULH GAGAL : Jika tiada persetujuan bersama, kes tersebut akan diserahkan kembali kepada Mahkamah untuk dibicarakan di hadapan Hakim.

PENYAMPAIAN DAN PENERIMAAN NOTIS SULH
Apabila Plaintif selesai mendaftar kes, pihak Plaintif akan menerima Notis Sulh yang mengandungi butiran-butiran iaitu tarikh, masa dan tempat Majis Sulh dijalankan. Untuk Defendan pula, penghantaran notis tersebut  akan diuruskan oleh mahkamah. Penyampaian notis sulh ini sedikit berbeza dari prosuder penyampaian saman dan permohonan bagi kes perbicaraan. Ini kerana Notis Sulh tiada kuasa untuk memaksa kehadiran pihak Defendan dan perbincangan sebelah pihak tidak boleh diadakan. Ini juga bermaksud tiada prosedur tampalan notis di rumah Defendan akan dibuat. Namun, penyampaian Notis Sulh tetap disampaikan secara kediri oleh Penghantar Notis Mahkamah kepada Defendan. Manakala untuk Notis Tangguhan , penghantaran dilakukan melalui pos. Kebiasaannya, sebelum Majlis Sulh berlangsung, Pegawai Sulh akan menghubungi pihak Defendan untuk mengetahui status penerimaan Notis Sulh dan Pegawai Sulh akan berusaha untuk mengadakan Majlis Sulh mengikut masa lapang pihak-pihak terutama pihak yang berada di luar kawasan.

DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA
Semasa menghadiri Majlis Sulh pastikan dibawa bersama Notis Majlis Sulh dan kad pengenalan.  Notis Majlis Sulh mengandungi maklumat seperti tarikh, masa dan bilik atau pegawai sulh yang mengendalikan Majlis Sulh.Selain itu juga bawa bersama segala dokumen asal bagi tujuan pengesahan sekiranya diperlukan.

PERSEDIAAN
Selain mengenakan pakaian yang sesuai, pihak Plaintif dan Defendan juga perlu bersedia mengenai perkara yang akan dibincangkan. Apakah tuntutan yang ingin dibuat, butiran yang perlu dibentang dan tawaran yang akan diberikan bagi menyelesaikan pertikaian. Misalnya bagi kes Tuntutan Nafkah Anak, Plaintif atau ibu perlu membentangkan perbelanjaan yang diperlukan sebaiknya dalam bentuk senarai yang mengandungi segala perbelanjaan bulanan. Defendan atau bapa juga perlu bersedia untuk mengemukakan kemampuan untuk membayar nafkah seperti slip gaji dan senarai hutang atau tanggungan. Pihak-pihak juga boleh membuat tawaran jumlah yang sesuai berdasarkan keperluan bukan kehendak anak tersebut berdasarkan kemampuan bapa.

TEMPOH PENYELESAIAN KES SULH
Tempoh penyelesaian kes adalah tidak lebih 2 bulan. Ini bermakna dalam tempoh 2 bulan, kes tersebut mesti diselesaikan di peringkat Majlis Sulh. Berbanding proses perbicaraan ia tidak menetapkan tempoh penyelesaian sesuatu kes kerana ia bergantung dan terikat dengan prosedur-prosedur tertentu.

ADAKAH PERSETUJUAN MAJLIS SULH BOLEH DIUBAH DAN DIBATALKAN
Apabila sesuatu persetujuan telah dicapai dan perintah mahkamah dikeluarkan, ianya tidak boleh diubah melainkan terdapat perubahan matan. Misalnya, anak-anak telah membesar bagi meminda persetujuan bagi kes hadhanah dan nafkah anak. Dalam erti kata lain, ianya sentiasa boleh diubah atau pinda berdasarkan kepada perubahan semasa. Ianya juga boleh dibatalkan misalnya bagi tujuan pemberhentian potongan gaji bagi nafkah anak. Pembatalan tersebut perlu dibuat kerana pemberhentian tersebut bukan berkuatkuasa secara automatik. Akan tetapi sekiranya pihak Defendan ingin meminda misalnya dengan alasan terkhilaf atau tersilap menyatakan persetujuan semasa Majlis Sulh diadakan adalah tidak dibenarkan. Oleh itu, pihak-pihak perlu faham terma-terma yang dipersetujui di dalam Majlis Sulh sebelum menurukan tandatangan.

PELANGGARAN PERJANJIAN
Sekiranya mana-mana pihak melanggar mana- mana terma-terma di dalam persetujuan dia boleh dikenakan tindakan. Sekiranya ianya melibatkan amaun wang, ia tetap menjadi hutang dan tunggakan yang perlu di bayar. Permohonan saman penghutang penghakiman atau kuatkuasa perintah boleh dibuat. Selain itu, pihak-pihak yang melanggar perjanjian tersebut boleh dikomit atau dipenjarakan.

CONTOH-CONTOH TERMA PENYELESAIAN MAJLIS SULH:
  1. Hadhanah
a. Pihak Plaintif dan Defendan bersetuju untuk menyerahkan hak jagaan anak bernama XXX, No.Mykid: XXX kepada Plaintif selaku ibu kandung anak tersebut
b. Defendan diberikan hak lawatan dan bermalam dengan anak tersebut pada setiap hujung minggu dimana Defendan akan mengambil anak tersebut pada Hari Jumaat sebelum jam 6 petang dan mengembalikan anak tersebut pada Hari Ahad sebelum jam 6 petang.
c. Pihak Plaintif dan Defendan bersetuju hak bersama semasa cuti persekolahan dan musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha secara berselang seli.
2. Nafkah Anak
a. Defendan bersetuju untuk membayar nafkah anak bernama XXXX, No.Mykid XXX sebanyak RM 500 sebulan.
b. Bayaran dibuat dengan memasukan wang tersebut ke dalam akaun Plantif, No.Akaun XXX sebelum 30 hb setiap bulan
c. Defendan juga bersetuju untuk menyediakan keperluan awal persekolahan dan Hari Raya Aidilfitri termasuklah yuran dan perbelanjaan awal persekolahan setiap tahun.
3. Harta Sepancarian
a. Plaintif dan Defendan bersetuju untuk mengisytiharkan harta-harta tersebut  segaia harta sepencarian antara kedua-dua pihak sebanyak 1/2 bahagian:
i. Sebuah rumah yang beralamat di XXXX, No.GeranXXX yang didaftarkan diatas nama Plaintif
ii. Sebidang tanah yang beralamat di XXXX, No.Geran XXX yang didaftarkan diatas nama Defendan
iii. Sebuah kereta jenama XXX No Pendaftaran XXXX yag didaftarkan diatas nama Plaintif
b. Pihak Plaintif dan Defendan bersetuju untuk menjual harta-harta tersebut dan membahagikan hasil keuntungan jualan selepas ditolak semua kos kepada pihak-pihak sebanyak 1/2 bahagian.
c. Urusan jualan akan diuruskan oleh Plaintif dalam tempoh setahun daripada persetujuan ini dicapai.
4. Mut’ah
a. Defendan bersetuju untuk membayar sebanyak RM 10,000 sebagai penyelesaian kepada tuntutan mut’ah Defendan.
b. Bayaran dibuat secara lump sum dengan memasukkan wang ke dalam akaun Plaintif, No.Akaun XXX sebelum 30 hb XX tahun XX , atau
c. Bayaran dibuat secara ansuran sebanyak RM 500 sebulan dengan memasukkan wang ke dalam akaun Plaintif, No.Akaun XXX sebelum 30 hb XX tahun XX sehingga bayaran selesai.

PENUTUP
Majlis Sulh merupakan tempat untuk pihak Plaintif dan Defendan  berbincang secara baik. Saya mendapati ramai pihak selepas bercerai tidak boleh berkomunikasi dengan baik bagi membincangkan isu-isu berbangkit selepas perceraian. Jadi, Majlis Sulh merupakan satu tempat untuk berbincang secara baik demi maslahah anak-anak dan diri pihak-pihak itu sendiri.
__________________________________________________________________
Like, Follow dan Share Page kami untuk manfaat bersama.
Hubungi kami untuk dapatkan khidmat nasihat, kami sedia membantu anda ❤️
Semoga ada jalan penyelesaian untuk setiap masalah Anda, inshaaAllah ðŸ˜ƒ

Tuesday 21 July 2020

BOLEHKAH SAMAN ORANG KETIGA?


بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ



Image may contain: sky and outdoor


Ramai tak tahu, isteri atau suami boleh saman orang ketiga yang mengganggu rumahtangga.
Hidup berpasangan adalah fitrah hidupan di dunia ini termasuklah manusia yang akan melalui kehidupan bersama melalui ikatan perkahwinan. Banyak perkara yang boleh menjadi punca perceraian seperti kerjaya, penyakit, keluarga dan yang sering terjadi ialah curang.
Tidak kira sesiapa, kes curang boleh melibatkan semua orang termasuklah pasangan suami isteri yang sudah lama berkahwin dan kekasih yang sedang hangat bercinta. Isu yang hangat ialah SAMAN ORANG KETIGA. Maknanya isteri atau suami boleh saman orang ketiga yang menjadi punca kepada perceraian.

Orang ketiga tu termasuk kekasih suami/isteri, keluarga seperti ibubapa mertua, ipar duai.
-seksyen 36 jika perempuan/ lelaki memujuk lari suami/isteri
-seksyen 37 menghalang suami isteri hidup bersama
-seksyen 38 menghasut suami/isteri lalai dari tanggungjawab.

Menurut Pakar Psikologi Sosial, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Rozmi Ismail, setiap perbuatan yang kesannya akan melukakan orang adalah tidak dibenarkan apatah lagi jika menyebabkan pemergian.

Undang-undang..
Menurutnya, Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai undang-undang dan perlu dipatuhi demi kebaikan semua pihak. “Memang diakui sesiapa yang berdepan dengan isu sebegini akan mudah marah serta berkemungkinan hilang pertimbangan yang rasional apatah lagi jika individu itu melihat sendiri perbuatan curang tersebut di depan matanya, mungkin kesannya akan menjadi lebih teruk.
“Namun dalam setiap apa keadaan sekalipun seseorang itu harus ingat kesan yang akan berlaku atas setiap perbuatan. Jangan hanya disebabkan emosi, kes yang boleh diselesaikan berubah menjadi lebih berat seperti kejadian membahayakan nyawa,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.
Katanya, adalah lebih baik memikirkan jalan penyelesaian terlebih dahulu sebelum melakukan perkara yang terburu-buru sehingga memudaratkan diri sendiri. Tambah Rozmi, setiap individu juga sepatutnya perlu mempelajari teknik pengurusan emosi yang berkesan dalam memastikan pemikiran sentiasa terkawal dan berada dalam keadaan waras.
“Perkara ini nampak ringkas tetapi hakikatnya sangat penting apabila berdepan dengan situasi yang mampu menggugat kesabaran. Maka di sinilah seseorang itu perlu bijak dalam mengawal emosinya. Jika gagal maka buruk padahnya,” katanya.
Sementara itu, Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali berkata, tindakan berbentuk keganasan bukanlah jalan terbaik dan betul dalam menangani isu kes curang disebabkan orang ketiga. Menurutnya, daripada melakukan perbuatan terburu-buru sehingga menyebabkan pemergian, adalah lebih baik mangsa ataupun pasangan yang terlibat menanganinya melalui pelaksanaan undang-undang.
“Sebenarnya di negara ini mempunyai undang-undang syariah yang boleh dikenakan kepada orang ketiga atau dengan kata lain individu sama ada lelaki atau perempuan yang menggugat kebahagiaan perkahwinan serta rumah tangga seseorang.
Asalkan orang ketiga ini menjadi penyebab kepada ketidakharmonian pasangan itu, maka individu tersebut boleh disabitkan di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah,” katanya.

Denda RM5000 atau penjara selama tiga tahun
Tambah Suzana, akta tersebut terdapat serta diaplikasikan di setiap negeri yang ada di negara ini. “Jika di Wilayah Persekutuan, orang ketiga boleh didakwa di bawah Seksyen 36, Seksyen 37 dan Seksyen 38 akta tersebut yang membawa maksimum hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara selama tiga tahun atau kedua-duanya sekali. “Berdasarkan peruntukan ini, sesiapa sahaja yang menjadi penghalang hubungan bahagia antara seseorang dan pasangannya boleh dibicarakan,” tegasnya.

Bagaimana hendak mendakwa di mahkamah?
Mengulas mengenai langkah yang perlu dilakukan, Suzana memberitahu, mereka yang menjadi mangsa orang ketiga boleh mengemukakan aduan ke Unit Penguatkuasaan dan Pendakwaan Mahkamah Syariah yang berdekatan. “Di dalam aduan tersebut, mangsa perlu menjelaskan dengan terperinci mengenai hubungan pasangan dengan orang ketiga sehingga memporak-perandakan rumah tangga.
“Mangsa juga perlu mengemukakan segala bukti yang ada berkaitan hubungan pasangan yang curang itu sama ada dalam bentuk gambar, bila telefon atau e-mel dan lain-lain lagi. Aduan itu kemudiannya akan diselidiki dan jika disabitkan bersalah, lelaki atau wanita terlibat akan dikenakan hukuman yang telah ditetapkan,” ujarnya.

Sumber : Kosmo


Like, Follow dan Share Page kami untuk manfaat bersama.
Hubungi kami untuk dapatkan khidmat nasihat, kami sedia membantu anda ❤️
Semoga ada jalan penyelesaian untuk setiap masalah Anda, inshaaAllah ðŸ˜ƒ






Sunday 19 July 2020

Tiga bulan abai isteri

GAMBAR hiasan.



ADA kawan sepejabat saya dikatakan sudah tiga bulan meninggalkan isterinya dan tinggal berasingan tanpa memberikan nafkah.

Punca dia berbuat demikian kerana tidak ada lagi persefahaman dan usia perkahwinan mereka masih belum sampai setahun.

Jika berlaku keadaan sedemikian, adakah boleh jatuh talak walaupun suami tidak melafazkannya?

Ingin Tahu, KL

____________________________________________________________

Di bawah peruntukan undang-undang keluarga Islam di Malaysia, mengikut Seksyen 50 iaitu perceraian di bawah taklik atau janji:

1. Seorang perempuan yang bersuami boleh, jika berhak mendapat perceraian menurut syarat surat perakuan taklik yang dibuat selepas berkahwin memohon kepada mahkamah untuk menetapkan perceraian yang demikian sudah berlaku.

2. Mahkamah hendaklah memeriksa permohonan itu dan membuat penyiasatan mengenai sahnya perceraian itu dan jika berpuas hati perceraian itu adalah sah mengikut hukum syarak, hendaklah mengesahkan dan merekodkan perceraian itu dan menghantar satu salinan rekod yang diperakui Pendaftar kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.

Lazimnya, lafaz taklik yang dilafazkan selepas akad nikah oleh suami berbeza mengikut negeri. Contohnya di Selangor, lafaz takliknya berbunyi: “Saya mengaku apabila saya tinggalkan isteri saya (nama isteri) selama empat bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksaan, dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama tempoh yang itu pada hal ia taatkan saya atau saya melakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya, kemudian ia mengadu kepada mahkamah syariah, dan apabila sabit aduannya di sisi mahkamah syariah, dan ia memberi kepada Mahkamah Syariah, yang menerima bagi pihak saya satu ringgit maka pada ketika itu tertalak ia dengan cara talak khuluk.”

Bagi Johor pula lafaz takliknya berbunyi, “Manakala saya tinggalkan isteri saya... (nama isteri)... selama empat bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksa dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama masa yang itu padahal ia taatkan saya atau saya lakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya atau kehormatannya atau harta bendanya, kemudian ia mengadu atau wakilnya mengadu kepada kadi dan manakala sabit aduannya di sisi kadi atau mahkamah syariah dan ia atau wakilnya memberi kepada kadi bagi pihak saya satu ringgit, maka ketika itu tertalaklah dia dengan satu talak khuluk atau saya ghaib daripada isteri saya selama satu tahun atau lebih, jika ia atau wakilnya mengadu kepada kadi dengan berkata ianya tidak tertunggu lagi akan saya manakala bersabit aduannya, nescaya tertalaklah ia satu talak, demikian lafaz taklik saya.”

Isu persoalan pada minggu ini berkait rapat dengan perceraian secara taklik. Ini kerana fakta yang ditimbulkan adalah sama ada jatuhnya talak atau berlaku perceraian akibat suami yang meninggalkan isterinya tanpa nafkah selama tiga bulan.

Sebagaimana dinyatakan mengenai lafaz taklik selepas akad nikah, kebanyakan negeri meletakkan syarat jika suami meninggalkan isteri tanpa nafkah atau mendatangkan kemudaratan ke atas tubuh badan isteri dan isteri kemudiannya mengadu di hadapan Hakim Mahkamah Syariah.

Jika aduan isteri itu berjaya dibuktikan dan mahkamah berpuas hati adanya perlanggaran syarat taklik itu, maka mahkamah boleh mensabitkan jatuhnya talak.

Perbuatan suami meninggalkan isterinya tanpa nafkah adalah salah satu ciri taklik yang diamalkan di beberapa negeri di Malaysia.

Sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 50 (1) di atas, mahkamah boleh mensabitkan pembubaran perkahwinan kerana berlakunya perlanggaran syarat taklik yang dilafazkan oleh suami sekiranya lafaz taklik itu menyatakan jika suami meninggalkan isteri selama tempoh tiga bulan tanpa nafkah.

Talak tidak akan jatuh dengan sendirinya tanpa lafaz daripada suami.

Talak yang gugur adalah disebabkan jika sempurnanya rukun dan syarat talak iaitu suami, isteri dan lafaz.

Talak juga terbahagi kepada dua jenis iaitu lafaz yang jelas (sarih) dan lafaz tidak jelas (kinayah). Jenis lafaz yang kedua itu memerlukan pengesahan niat suami.

Perbezaan antara perceraian secara taklik dinyatakan di bawah Seksyen 50 (1) di atas adalah perceraian atau pembubaran perkahwinan itu diputuskan mahkamah.

Perceraian secara lafaz talak pula adalah perceraian berlaku akibat lafaz dibuat suami yang sempurna rukun dan syaratnya.

Oleh itu, isu isteri yang ditinggalkan tanpa nafkah perlu dirujuk ke Mahkamah Syariah untuk dijelaskan kedudukan perlanggaran syarat taklik atau sebaliknya.

Selain itu, ia bergantung kepada keredaan isteri yang tidak mendapat nafkah untuk bertahan dengan keadaan seperti itu.

Selagi isteri tidak mengadu kepada mahkamah suaminya meninggalkan dirinya tanpa nafkah kepada hakim, maka tiada perceraian berlaku secara automatik.

Dakwaan isteri yang ditinggalkan tanpa nafkah itu perlu disiasat.

Penulis adalah peguam syarie


sumber : Harian Metro


Like, Follow dan Share Page kami untuk manfaat bersama.
Hubungi kami untuk dapatkan khidmat nasihat, kami sedia membantu anda ❤️
Semoga ada jalan penyelesaian untuk setiap masalah Anda, inshaaAllah ðŸ˜ƒ