Bagi orang awam yang bukan pengamal undang-undang, mungkin terkeliru dengan nama-nama prosiding yang ada di Mahkamah.
Untuk panduan mudah, kami sertakan nama-nama prosiding yang biasanya berlaku di Mahkamah.
- 𝐏𝐥𝐚𝐢𝐧𝐭𝐢𝐟 – Bagi kes saman Sivil dan Syariah, Plaintif adalah orang yang menyaman.
- 𝐃𝐞𝐟𝐞𝐧𝐝𝐚𝐧 – Defendan pula adalah orang yang kena saman.
- 𝐏𝐢𝐡𝐚𝐤 𝐊𝐞𝐭𝐢𝐠𝐚 – Defendan boleh menamakan mana-mana orang lain sebagai pihak ketiga sekiranya dalam kes tersebut ada melibatkan pihak ketiga yang lain.
- 𝐖𝐫𝐢𝐭 𝐒𝐚𝐦𝐚𝐧 – ini adalah dokumen saman yang dibuat oleh Plaintif dan perlu diserahkan kepada Defendan.
- 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐚𝐭𝐚 𝐓𝐮𝐧𝐭𝐮𝐭𝐚𝐧 - adalah dokumen yang memperincikan tuntutan-tuntutan Plaintif terhadap Defendan.
- 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐚𝐚𝐧 – dokumen yang difailkan oleh Defendan bagi menjawab kepada Penyata Tuntutan oleh Plaintif.
- 𝐉𝐚𝐰𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐚𝐚𝐧 – dokumen yang difailkan untuk menjawab kepada Pembelaan oleh Defendan.
- 𝐓𝐮𝐧𝐭𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐥𝐚𝐬 – tuntutan balas oleh Defendan kepada Plaintif dalam kes yang sama. Dalam Tuntutan Balas, Defendan adalah seolah-olah menjadi Plaintif dan Defendan dalam kes yang sama dan sebaliknya untuk Plaintif.
- 𝐏𝐫𝐨𝐬𝐢𝐝𝐢𝐧𝐠 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐫𝐥𝐨𝐤𝐮𝐭𝐨𝐫𝐢 – adalah prosiding yang berlaku di pertengahan kes yang sedang berjalan contohnya permohonan untuk meminda Pernyataan Tuntutan.
- 𝐈𝐧𝐣𝐮𝐤𝐬𝐢 – merupakan antara salah satu permohonan interlokutori. Injuksi adalah permohonan untuk tegahan bagi memelihara status quo kepada perkara yang dalam pertikaian. Contohnya Plaintif memohon injuksi terhadap Defendan bagi tegahan dan menghalang Defendan daripada menjual tanah kerana tanah tersebut adalah mejadi perkara dalam pertikaian.
- 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐤𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐠𝐤𝐚𝐫 – adalah satu bentuk penghakiman yang dibuat oleh Mahkamah atas kegagalan Defendan untuk memasukkan kehadiran atau gagal untuk memfailkan pembelaan dalam masa 14 hari daripada tarikh serahan dibuat. Oleh itu kalau diserahkan dengan saman, jumpa peguam dengan kadar segera bagi mengelakkan Penghakiman Ingkar.
- 𝐒𝐞𝐫𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐝𝐢𝐫𝐢 – serahan secara serahan tangan kepada Defendan.
- 𝐒𝐞𝐫𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐀𝐑 𝐁𝐞𝐫𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫 – serahan yang dibuat melalui pos berdaftar yang mana Defendan akan perlu menandatangani kad penghantaran sebagai bukti penerimaan.
- 𝐒𝐞𝐫𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐠𝐚𝐧𝐭𝐢 – serahan yang dibuat melalui iklan di surat khabar sekiranya serahan kediri gagal dilakukan.
- 𝐀𝐟𝐢𝐝𝐚𝐯𝐢𝐭 – penyataan-penyataan secara bersumpah yang dibuat untuk difailkan ke Mahkamah bagi menyokong mana-mana permohonan.
- 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬/𝐒𝐞𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 – sesi untuk memaklumkan kepada Mahkamah status semasa mengenai kes dan mendapatkan arahan-arahan daripada Mahkamah.
- 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐧 – sesi bagi hujahan untuk kes interlokutori yang mana di akhir Pendengaran, Hakim akan memberikan Perintah mengenai permohonan tersebut.
- 𝐁𝐢𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐡 – proses perbicaraan yang melibatkan panggilan saksi-saksi ke Mahkamah bagi tujuan mendapatkan bukti-bukti mengenai kes.
- 𝐒𝐚𝐤𝐬𝐢 – mereka yang membantu sama ada Plaintif atau Defendan dalam membuktikan kes.
- 𝐒𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐮𝐥𝐚 – Saman yang difailkan oleh Pemohon terhadap Responden dan pembuktian akan dibuat secara Afidavit tanpa memanggil saksi untuk memberikan penyaksian di Mahkamah. Sekiranya Mahkamah mendapati pembuktian perlu dibuat secara kehadiran saksi, Mahkamah boleh menukar mod Saman Pemula itu kepada Writ Saman.
- 𝐌𝐞𝐝𝐢𝐚𝐬𝐢 – proses rundingan bagi penyelesaian damai antara Plaintif dan Defendan. Proses ini akan berlaku di Mahkamah dengan kehadiran Pegawai Mediasi sebagai pemudahcara bagi membantu penyelesaian damai.
- 𝐓𝐚𝐰𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐞𝐬𝐚𝐢𝐚𝐧 – cara penyelesaian luar Mahkamah secara damai yang mana terma-terma adalah dipersetujui oleh pihak-pihak.
- 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐤𝐢𝐦𝐚𝐧 – Penghakiman yang dibuat setelah Bicara Penuh
- 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐤𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 – Penghakiman yang dibuat sekiranya pihak-pihak bersetuju untuk merekodkan Penghakiman tanpa melalui Bicara Penuh.
- 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐤𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 – Penghakiman yang dibuat oleh Mahkamah atas permohonan Plaintif sekiranya Defendan tiada merit dalam pembelaannya.
- 𝐄𝐱-𝐏𝐚𝐫𝐭𝐞 – Sesuatu permohonan yang didengar dan dijalankan dengan sebelah pihak sahaja, tanpa kehadiran pihak yang satu lagi.
- 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐫-𝐏𝐚𝐫𝐭𝐞 – Sesuatu permohonan yang didengar dengan kehadiran kedua-dua pihak yang terlibat dan dinamakan dalam tindakan kes itu.
- 𝐏𝐫𝐨𝐬𝐢𝐝𝐢𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐧𝐜𝐞𝐥𝐚𝐡 – adalah merupakan satu prosiding yang mana sesuatu pihak yang mempunyai kepentingan terhadap perkara yang menjadi asas tuntutan dalam sesuatu kes itu, untuk menjadi pencelah kepada prosiding kes tersebut.
- 𝐊𝐨𝐦𝐢𝐭𝐚𝐥 – merupakan satu bentuk hukuman atau arahan akibat daripada keingkaran atau kegagalan kepada mana-mana perintah atau arahan mahkamah.
- 𝐒𝐞𝐩𝐢𝐧𝐚 – dokumen yang dikeluarkan oleh Mahkamah bagi memastikan kehadiran saksi semasa Bicara Penuh.
- 𝐓𝐢𝐦𝐛𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐰𝐚 𝐑𝐚𝐲𝐚 – pegawai dari Pejabat Peguam Negara yang menjalankan tugas mendakwa dalam kes jenayah.
- 𝐏𝐞𝐠𝐮𝐚𝐦𝐛𝐞𝐥𝐚 – peguam yang membela Orang Kena Tuduh dalam kes jenayah.
- 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐊𝐞𝐧𝐚 𝐓𝐮𝐝𝐮𝐡 (𝐎𝐊𝐓) – individu yang dituduh atas kesalahan-kesalahan yang dituduh dilakukan olehnya.
- 𝐏𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐅𝐚𝐜𝐢𝐞 – sekiranya Timbalan Pendakwa Raya berjaya membuktikan kes Prima Facie terhadap OKT berkaitan kesalahan yang dituduh kepadanya, kesannya adalah OKT perlu memasukkan Pembelaan bagi membela dirinya dan memasukkan fakta-fakta dan bukti-bukti yang menyokongnya. Sekiranya pihak pendakwaan gagal untuk mendapatkan kes Prima Facie, OKT akan dibebaskan.
- 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐦𝐩𝐚𝐮𝐢 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐠𝐮𝐚𝐧 𝐌𝐮𝐧𝐚𝐬𝐚𝐛𝐚𝐡 – semasa membela diri, OKT dan saksi-saksinya perlu meyakinkan Mahkamah melampaui keraguan munasabah yang mana sekiranya berjaya, Mahkamah akan membebaskan OKT.
- 𝐑𝐞𝐦𝐚𝐧 – Proses apabila tangkapan suspek dibuat oleh pihak Polis, seseorang itu perlu dibawa ke hadapan Majistret bagi mendapatkan perintah reman bagi Polis melengkapkan siasatannya. Bagi kesalahan yang hukumannya adalah pemenjaraan di bawah 14 tahun, reman adalah maksimum selama 7 hari dengan kiraan 4 + 3. Sekiranya lebih 14 tahun, reman adalah maksimum 14 hari dengan kiraan 7 + 7.
- 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐮𝐝𝐮𝐡𝐚𝐧 – Setelah selesai siasatan oleh pihak Polis, kertas siasatan akan dibawa kepada Pejabat Pendakwa Raya untuk arahan pertuduhan. Disini, suspek akan dibawa ke Mahkamah untuk dibacakan pertuduhan terhadapnya.
- 𝐉𝐚𝐦𝐢𝐧 – Selepas pertuduhan dibacakan dan OKT mengaku tidak bersalah, bagi kes yang dibenarkan jamin (tiada jaminan dibenarkan untuk kes yag boleh dihukum dengan hukuman mati mandatori), Mahkamah akan menawarkan untuk jaminan yang mana secara normalnya adalah dalam bentuk bayaran kewangan kepada Mahkamah dan serahan passport bagi tujuan mengelak OKT daripada melarikan diri.
- 𝐏𝐞𝐧𝐣𝐚𝐦𝐢𝐧 – individu yang bertindak sebagai penjamin yang tugas utamanya adalah untuk memastikan OKT hadir pada setiap tarikh kes. Sekiranya OKT gagal hadir, tindakan boleh diambil terhadap penjamin.
- 𝐃𝐢𝐥𝐞𝐩𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐃𝐢𝐛𝐞𝐛𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧 - OKT dibebaskan atas faktor-faktor tertentu yang mana sekiranya perlu, OKT boleh dituduh semula atas pertuduhan yang sama.
- 𝐃𝐢𝐥𝐞𝐩𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐛𝐞𝐛𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧 - OKT dilepaskan dan dibebaskan. Kesannya OKT tidak lagi boleh dituduh atas pertuduhan yang sama.
-----------------------------------------------------
Like, Follow dan Share Page kami untuk manfaat bersama.
Hubungi kami untuk dapatkan khidmat nasihat, kami sedia membantu anda ❤️
📞 http://www.wasap.my/60172110058 (Tn Afandi)
📞 http://www.wasap.my/60176394039 (Pn Salina)
📞 http://www.wasap.my/60172110058 (Tn Afandi)
📞 http://www.wasap.my/60176394039 (Pn Salina)
Semoga ada jalan penyelesaian untuk setiap masalah Anda, inshaaAllah 😃