بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

1) Apa sebenarnya tuntutan Mutaah?
Mutaah merupakan satu bentuk pemberian suami kepada isteri yang diceraikan, yang mana penceraian tersebut bukan disebabkan kesalahan isteri. Pemberian ini adalah satu bentuk penghargaan suami kepada bekas isteri atas jasa dan khidmat sepanjang tempoh perkahwinan. Ia juga diberi untuk meringankan bebanan bekas isteri, dari aspek kewangan juga emosi dan perasaan yang terpaksa ditanggung isteri setelah diceraikan.
Mutaah merupakan satu bentuk pemberian suami kepada isteri yang diceraikan, yang mana penceraian tersebut bukan disebabkan kesalahan isteri. Pemberian ini adalah satu bentuk penghargaan suami kepada bekas isteri atas jasa dan khidmat sepanjang tempoh perkahwinan. Ia juga diberi untuk meringankan bebanan bekas isteri, dari aspek kewangan juga emosi dan perasaan yang terpaksa ditanggung isteri setelah diceraikan.
Asas kepada tuntutan Mutaah ini adalah merujuk kepada surah Al-Baqarah: ayat 241
وَ لِلۡمُطَلَّقٰتِ مَتَاعٌۢ بِالۡمَعۡرُوۡفِ ؕ حَقًّا عَلَی الۡمُتَّقِیۡنَKepada wanita-wanita yang diceraikan (hendaklah diberikan oleh suaminya) mut’ah menurut yang ma’ruf, sebagai suatu kewajiban bagi orang-orang yang bertakwa
Sheikh Wahbah Zuhaili di dalam kitabnya Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu membawa maksud mutaah sebagai suatu pemberian harta yang wajib keatas lelaki untuk membayar kepada isterinya yang diceraikan pada masa hidup, dengan talak, bergantung kepada beberapa syarat.
Dari perspektif undang-undang Syariah di Malaysia, Seksyen 2 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 menyatakan bahawa mutaah adalah bayaran saguhati yang diberi dari segi Hukum Syara’ kepada isteri yang diceraikan.
Jelaslah disini, Mutaah merupakan pemberian dalam bentuk harta daripada bekas suami kepada bekas isteri selepas diceraikan sebagai tanda penghargaan, meringankan beban isteri selepas penceraian.
2) Adakah satu keperluan kepada bekas suami untuk memberi Mutaah kepada pihak isteri?
Jumhur ulama menyatakan hukum asal Mutaah ialah sunat iaitu suatu amalan yang digalakkan terhadap suami yang telah menceraikan isterinya.
Mengikut Imam Shafie, Mutaah itu wajib diberikan kepada isteri sama ada dia diceraikan sebelum atau selepas disetubuhi, sudah ditentukan maharnya atau belum. Ia boleh diberikan dalam bentuk wang, pakaian dan barang lain.
Peruntukan undang-undang didalam Seksyen 56 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 menyatakan bahawa perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut boleh menuntut Mut’ah dan mahkamah boleh memerintahkan suami untuk membayar sejumlah wang yang patut dan wajar mengikut Hukum Syara’.
Kesimpulannya, hukum Mutaah boleh menjadi wajib kepada seorang bekas suami dan bekas isteri mempunyai hak untuk menuntut Mutaah.
3) Bagaimana kadar Mutaah itu dikira?
Tiada cara yang khusus untuk mengira kadar Mutaah yang wajar dituntut oleh pihak isteri, namun, terdapat prinsip umum iaitu dengan mengambil kira:
-Status Kewangan Suami
-Status Sosial Isteri
-Sifat (perwatakan) & pengorbanan isteri
-Tempoh perkahwinan
-Kepuasanhatian Hakim bahawa jumlah itu ‘wajar dan patut’ mengikut Hukum Syara’
Kadar yang terbaik adalah, kadar yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
Tiada cara yang khusus untuk mengira kadar Mutaah yang wajar dituntut oleh pihak isteri, namun, terdapat prinsip umum iaitu dengan mengambil kira:
-Status Kewangan Suami
-Status Sosial Isteri
-Sifat (perwatakan) & pengorbanan isteri
-Tempoh perkahwinan
-Kepuasanhatian Hakim bahawa jumlah itu ‘wajar dan patut’ mengikut Hukum Syara’
Kadar yang terbaik adalah, kadar yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
4) Tuntutan Mutaah dan nikah Mut'ah ini satu perkara yang sama atau berkaitan?
Tuntutan Mutaah dan Nikah Mut'ah adalah dua perkara yang sangat berbeza. Tuntutan Mutaah adalah satu bentuk pemberian daripada seorang bekas suami kepada isteri yang telah diceraikan, manakala nikah mut’ah secara definisinya bermaksud satu bentuk perkahwinan kontrak, iaitu perkahwinan dalam tempoh tertentu yang dipersetujui yang dihukumkan haram oleh jumhur ulama’.
5) Apakah tujuan mutaah itu?
Mutaah bertujuan untuk meringankan sedikit
beban yang ditanggung oleh bekas isteri akibat
diceraikan oleh bekas suaminya.
Dengan pemberian mutaah ini kepada bekas
isteri –
(a) akan membolehkan isteri itu untuk
berdikari dan memulakan hidup baru
selepas bercerai;
(b) akan mengelakkan prasangka buruk
masyarakat terhadap isteri itu bahawa
perceraian adalah berpunca daripada
kesalahan isteri;
(c) ia merupakan penghargaan daripada
suami atas sumbangan dan peranan
isteri.
6) Apakah prasyarat untuk
isteri memohon mutaah di
Malaysia?
Prasyarat untuk isteri memohon mutaah di
Malaysia adalah seperti yang berikut:
(a) wujud perkahwinan yang sah;
(b) berlaku perceraian bukan berpunca
daripada isteri;
(c) berlaku perceraian hidup;
(d) berlaku persetubuhan;
(e) perceraian bukan disebabkan oleh
suami papa.
7) Apakah faktor yang
menggugurkan hak mutaah?
Faktor yang menggugurkan hak mutaah adalah
seperti yang berikut:
(a) isteri yang nusyuz yang disabitkan oleh
mahkamah;
(b) isteri yang diceraikan sebelum bersetubuh
dan mas kahwin disebut dalam akad;
(c) isteri murtad;
(d) perceraian secara tebus talak.
8) Apakah dokumen yang perlu disediakan sekiranya ingin membuat Tuntutan Mutaah?
Pemohon yang ingin mendapatkan
khidmat Peguam Syariah atau JBG perlu
mengemukakan dokumen atau butir yang
berikut:
(a) butir-butir perkahwinan
• Surat perakuan cerai.
(b) butir-butir pihak kena tuntut
• Nama/alamat dan pekerjaan suami
• Nama dan alamat majikan suami.
(c) laporan-laporan berkaitan
• Penyata gaji/pendapatan suami
• Dokumen lain yang berkaitan.
sumber : JBG
Like, Follow dan Share Page kami untuk manfaat bersama.
Semoga ada jalan penyelesaian untuk setiap masalah Anda, inshaaAllah 😃