Apakah yang dimaksudkan
dengan harta pusaka?Harta pusaka ialah harta peninggalan si mati
yang mengandungi harta alih dan harta tak
alih. Harta seperti wang tunai, syer, caruman
KWSP, wang imbuhan insurans, kenderaan,
perabot rumah, pakaian dan sebagainya
dipanggil harta alih. Harta seperti tanah serta
kepentingan atas tanah tersebut, rumah,
lombong, sawah, telaga dan tasik adalah
disebut sebagai harta tak alih. Penerangan
ringkas seperti dalam Lampiran "A”.
Apakah yang dimaksudkan
dengan “harta pusaka kecil”?
Harta peninggalan si mati tanpa wasiat yang
bernilai RM 2,000,000.00 ke bawah. Harta
yang berikut adalah dianggap sebagai harta
pusaka kecil:
(a) tanah sahaja;
(b) tanah dengan rumah;
(c) tanah, rumah dan harta alih seperti
barang kemas, syer, caruman KWSP,
simpanan wang, kenderaan bermotor,
perabot, pakaian, dsb.; dan
(d) tanah dan apa-apa jumlah tuntutan
di bawah seksyen 7 dan 8 Akta UndangUndang Sivil 1956 [Akta 67].
Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk risalah
panduan permohonan tuntutan pembahagian
harta pusaka kecil di bawah Akta Harta
Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 [Akta 98].
Apakah yang dimaksudkan
dengan “harta pusaka biasa”?
harta peninggalan si mati dengan wasiat atau
tanpa wasiat, atau sebahagiannya tanpa
wasiat seperti -
(a) harta alih dan harta tak alih yang bernilai
RM 2,000,000.00 ke atas kesemuanya;
(b) harta tak alih (tanah) yang bernilai lebih
daripada RM 2,000,000.00; dan
(c) harta alih sahaja seperti wang, syer,
kenderaan walaupun nilai kesemuanya
kurang daripada RM 2,000,000.00
Apakah yang dimaksudkan
dengan harta pusaka berwasiat
dan/atau tidak berwasiat (testate
and intestate estate)?
Jika si mati meninggalkan harta dengan surat
wasiat terakhir yang sah yang mengandungi
cara-cara bagaimana harta pusakanya
hendaklah dibahagikan antara wariswarisnya, harta pusaka itu dipanggil harta
pusaka berwasiat.
Bagi orang yang bukan beragama Islam,
wasiat itu adalah sah selama ia tidak
mengandungi syarat-syarat yang bercanggah
dengan Akta/Ordinan Wasiat dan kesahan
wasiatnya tidak dicabar oleh mana-mana
waris.
Bagi orang yang beragama Islam, si mati
hanya boleh mewasiatkan tidak lebih daripada
1/3 daripada harta pusakanya kepada pihakpihak lain selain waris (dengan persetujuan
atau tanpa persetujuan waris).
Orang yang meninggalkan harta tanpa wasiat
dipanggil harta pusaka tak berwasiat.
Apakah yang dimaksudkan
dengan “probet”?
Probet ialah tindakan untuk memperakukan
dan mengesahkan sesuatu wasiat yang
ditinggalkan oleh si mati. Tujuan probet
adalah untuk memberi pengiktirafan kepada
sesuatu wasiat yang sah di sisi undangundang.
Siapakah yang boleh memohon
surat kuasa mentadbir harta
pusaka?
Permohonan boleh dibuat oleh pihak yang
berikut:
(a) Waris si mati (benefisiari si mati) seperti
balu atau duda, anak lelaki atau anak
perempuan, ibu atau bapa, adik-beradik
dan sebagainya;
(b) pemiutang (creditor) seperti pemberi
pinjam wang, bank, koperasi, dsb.;
(c) pihak-pihak pembeli (purchasers) dan
pemegang serah hak, pemegang gadaian
d a n p a j a k a n y a n g m e m p u n y a i
kepentingan dalam harta peninggalan
si mati;
(d) waris-waris, pemegang amanah, Ketua
Pengarah Insolvensi, Amanah Raya
Berhad, dsb.; dan
(e) Pihak Berkuasa seperti Kerajaan
Persekutuan atau Kerajaan Negeri
dan Baitulmal yang mempunyai
kepentingan masing-masing dalam
harta pusaka yang berkenaan.
Apakah prosedur untuk
membuat permohonan probet
dan surat kuasa mentadbir?
Prosedur yang perlu diikuti adalah seperti
yang berikut:
Bagi harta pusaka dengan wasiat dan harta
pusaka yang ditakrifkan sebagai harta
pusaka biasa, tindakan hendaklah diambil di
Mahkamah Tinggi yang berhampiran dengan
alamat tempat tinggal si mati. Mahkamah
Tinggi berkuasa untuk mengeluarkan probet.
Jika si mati tidak meninggalkan apa-apa
wasiat, permohonan untuk surat kuasa
mentadbir pusaka tanpa wasiat hendaklah
dibuat. Kedua-dua tindakan ini boleh dibuat
dengan petisyen dalam contoh borang
seperti di Lampiran “B1” dan “B2”.
Apakah dokumen-dokumen
yang perlu dikemukakan semasa
permohonan?
Setiap petisyen untuk probet atau surat kuasa
mentadbir harta pusaka mestilah disertakan
dengan -
(a) bukti kematian seperti sijil kematian
(death certificate) atau permit
untuk mengebumikan mayat. Lazimnya
d o k u m e n - d o k u m e n s e p e r t i i n i
dikeluarkan oleh pihak hospital dan/
atau pihak polis;
(b) jika kematian tidak dapat dibuktikan
dengan cara biasa, suatu permohonan
untuk perintah anggapan kematian
(presumption of death) hendaklah dibuat
di Mahkamah Tinggi terlebih dahulu dan
perintah Mahkamah Tinggi itu hendaklah
dikemukakan bersama-sama dengan
petisyen untuk probet atau surat kuasa
mentadbir pusaka;
(c) surat wasiat terakhir si mati (dalam hal
permohonan probet);
(d) suatu jadual yang mengandungi butirbutir serta nilai aset dan tanggungan
(assets & liabilities) dan senarai waris
si mati;
(e) suatu Sijil Faraid yang diperoleh daripada
Mahkamah Syariah (dalam hal orang
Islam);
(f) suatu senarai waris, umur, tali
persaudaraan dengan si mati dan alamat
masing-masing bagi tujuan mendapat
persetujuan untuk melantik pentadbir
yang dicadangkan;
(g) surat persetujuan waris-waris dengan
pelantikan seorang waris yang
dicadangkan sebagai pentadbir pusaka
yang ditandatangani di hadapan seorang
Majistret/Pesuruhjaya Sumpah, sebelum
tarikh perbicaraan ditetapkan;
(h) surat penolakan waris-waris yang ingin
menolak hak dan bahagian masingmasing kepada surat kuasa mentadbir
pusaka bagi harta pusaka tersebut
(Borang 169);
(i) dokumen pelantikan penjaga (guardian
ad litem) (dalam hal waris-waris di bawah
umur atau orang kurang upaya).
Dua (2) orang penjamin yang layak dan sesuai
hendaklah dikemukakan sekiranya harta melebihi
RM 50,000.00.
Geran (atau kuasa) untuk probet atau mentadbir
harta pusaka hanya boleh dikeluarkan setelah semua
maklumat yang diperlukan oleh mahkamah telah
dikemukakan oleh pempetisyen.
Bolehkah mahkamah
mengecualikan bon penjamin?
Jika sekiranya pempetisyen mengalami
kesulitan untuk mendapatkan penjaminpenjamin yang layak dan sesuai, dia bolehlah
memohon kepada mahkamah untuk suatu
perintah supaya dia diberi kebenaran
dikecualikan daripada mengemukakan
penjamin-penjamin (dispensation of sureties)
atau mendapatkan khidmat penjamin
profesional seperti syarikat insurans atau
institusi bank dengan bayaran fi yang
ditetapkan oleh syarikat/institusi berkenaan
berdasarkan jumlah harta pusaka tersebut.
Bilakah mahkamah akan
mengeluarkan surat kuasa
mentadbir berdasarkan probet?
Surat kuasa mentadbir harta pusaka/probet
hanya boleh dikeluarkan apabila perintah
pengecualian penjamin diperoleh dan bon
pentadbiran telah ditandatangani oleh
pempetisyen.
Di manakah surat kuasa
mentadbir harta pusaka/probet
perlu didaftarkan?
Setelah surat kuasa mentadbir harta pusaka/
probet diperoleh oleh pempetisyen, surat
kuasa tersebut hendaklah didaftarkan di
pejabat tanah yang berkenaan, agar semua
suratan hakmilik tersebut didaftarkan atas
nama pempetisyen sebagai pentadbir si
mati berkenaan, menurut seksyen 346
Kanun Tanah Negara dan adalah menjadi
tanggungjawab pempetisyen untuk memohon
kepada mahkamah, sebaik sahaja dia
menghasilkan semua aset si mati, suatu
perintah pembahagian terhadap harta
pusaka itu kepada waris-waris menurut
faraid atau menurut terma-terma wasiat si
mati atau menurut Akta/Ordinan Wasiat.
Apakah prosedur untuk membuat
permohonan untuk mentadbir
harta pusaka kecil?
Permohonan untuk mentadbir harta pusaka
kecil hanya dibuat di Pejabat Tanah yang
nilai jumlah harta tak alih bersama harta alih
tidak melebihi RM 2,000,000.00 pada tarikh
peninggalan si mati. Permohonan ini dibuat
dengan menggunakan Borang A yang boleh
didapati di Pejabat Tanah khasnya daripada
Unit Pembahagian Pusaka Kecil.
Permohonan harta pusaka kecil seperti di
Lampiran “C”.
Apakah dokumen-dokumen yang
perlu disertakan?
Borang A hendaklah dikemukakan kepada
Unit Pembahagian Pusaka Kecil berserta
dengan dokumen yang berikut:
(a) sijil kematian atau permit
pengebumian;
(b) sijil faraid yang dikeluarkan oleh
Mahkamah Syariah; dan
(c) salinan hakmilik keluarga dan salinan
dokumen–dokumen lain yang
menunjukkan pegangan harta tak alih
yang sah.
Apabila permohonan difailkan,
apakah tindakan Unit
Pembahagian Pusaka Kecil?
Apabila permohonan difailkan, unit berkenaan
akan menyediakan laporan seperti yang
berikut:
(a) laporan Penghulu di mukim tempat
pemohon itu tinggal;
(b) perakuan daripada Pejabat Tanah
tentang nilaian harta yang dinyatakan
dalam permohonan; dan
(c) pengesahan daripada Pendaftar
Mahkamah Tinggi sama ada permohonan
untuk Borang C telah dibuat atau belum
bagi mentadbir harta pusaka berkenaan.
Apakah yang akan berlaku
seterusnya?
(a) Apabila semua laporan yang disebut
terdahulu telah diperoleh, suatu tarikh
perbicaraan akan ditetapkan oleh Unit
Pembahagian Pusaka Kecil melalui
notis perbicaraan yang akan dihantar
kepada pemohon dan waris-waris yang
berkenaan.
(b) Semasa perbicaraan dijalankan, Pegawai
Tadbir Unit Pembahagian Pusaka
Kecil akan memeriksa keterangan
daripada pemohon dan juga wariswaris yang berkenaan dan merekodkan
keterangan tersebut dan setelah berpuas
hati akan membenarkan permohonan
yang dipohon itu.
(c) Perintah pembahagian akan hanya
dikeluarkan selepas 14 hari dari tarikh
perbicaraan untuk membolehkan manamana pihak mengemukakan rayuan,
sekiranya terdapat apa-apa yang tidak
memuaskan hati mana-mana pihak.
(d) Selepas tamat tempoh 14 hari dan
sekiranya tidak ada apa-apa rayuan
yang diterima, perintah pembahagian
bolehlah dikeluarkan dengan membayar
kepada Pejabat Tanah sejumlah fi yang
ditetapkan.
(e) Setelah perintah tersebut diperoleh,
pemohon dikehendaki menyerahkan
geran tanah untuk didaftarkan pembahagian seperti yang dicatatkan
dalam perintah pembahagian dan geran
tanah berkenaan akan dikembalikan
setelah pendaftaran selesai.
Carta Aliran Proses Permohonan Untuk
Pentadbiran Dan Pembahagian Harta Pusaka
Kecil seperti di Lampiran “D”.
Apakah prosedur untuk
memohon pentadbiran terus
(summary administration) di
Amanah Raya Berhad?
(a) Ketua Pegawai Eksekutif dibenarkan
m e n t a d b i r h a r t a p u s a k a y a n g
mempunyai harta alih yang tidak melebihi
RM 600,000.00 di bawah seksyen 17
Akta Perbadanan Amanah Raya
1995 (Akta 532) tanpa surat kuasa
mentadbir daripada Mahkamah Tinggi
atau Pejabat Pentadbir Tanah Daerah.
Ini dibuat sekiranya tiada apa-apa
permohonan dibuat oleh mana-mana
pihak yang lain.
(b) Waris-waris atau sesiapa yang
mempunyai kepentingan dalam harta
pusaka si mati yang tidak melebihi
RM 600,000.00 dalam bentuk harta
alih sahaja boleh memohon kepada
Amanah Raya Berhad untuk mentadbir
harta pusaka tersebut.
(c) Waris-waris hanya diperlukan mengisi
dan mengemukakan borang permohonan
ini dengan maklumat yang lengkap dan
dokumen-dokumen yang membuktikan
kematian si mati.
(d) Sebaik sahaja permohonan ini diterima,
Amanah Raya Berhad akan
memprosesnya dengan mengeluarkan
suatu pengisytiharan bagi mentadbir
harta pusaka tersebut.
(e) Amanah Raya Berhad diberi kuasa untuk
menghasilkan aset-aset yang berkenaan
bagi tujuan pembahagian.
(f) Setelah menjelaskan bayaran duti pusaka
bagi kes-kes kematian (sebelum 1
November 1991 sahaja), hutang pusaka
dan menolak fi bagi Amanah Raya
Berhad, baki aset akan dibahagikan
menurut faraid (bagi orang Islam), Ordinan
Pembahagian (bagi orang bukan Islam)
atau secara persetujuan antara wariswaris yang berkenaan.
(g) Seksyen 17 Akta Perbadanan Amanah
Raya 1995 adalah sangat berkesan bagi
kes tuntutan kemalangan maut jalan
raya di mana waris-waris si mati
bercadang untuk mengambil tindakan
di bawah seksyen 7 dan 8 Akta UndangUndang Sivil 1956.
Bolehkah JBG atau peguam swasta memberi bantuan untuk
membuat permohonan probet
atau surat kuasa mentadbir?
Boleh, pemohon yang berkelayakan boleh
datang ke cawangan JBG yang berdekatan atau berhubung dengan peguam swasta lain dengan membawa
dokumen-dokumen yang diperlukan seperti
yang dinyatakan di Lampiran “E”.
Like, Follow dan Share Page kami untuk manfaat bersama.
Hubungi kami untuk dapatkan khidmat nasihat, kami sedia membantu anda ❤️ Semoga ada jalan penyelesaian untuk setiap masalah Anda, inshaaAllah 😃